Wednesday, June 30, 2010

Assalamualaikum..
> Benarlah sabda Rasullullah S.A.W belajar hingga akhir hayat,itulah
>pasal kena buat Talkin secara tak langsung mengajar yg hidup dan yg
>mati
>
>~*Jantung*~
>Saya akan cerita serba sedikit tentang
> jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung
> ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung
> amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya
> endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen
> buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga
> akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat
> keperluan dirinya.
>
>Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan
> mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu
> lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
>
>Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu
> organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam
> jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa
> satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa
> rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya
> akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
>
>Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini
> seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia
> tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu
> selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti
> berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan
> tiba-tiba mati.
>
>Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan
> berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak?
> Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit
> jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous
> learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat)
> segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke
> liang lahad.
>
>> Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah.
> Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya,
> awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak
> beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila,
> dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk
> akal.
>
>> Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya.
> Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu
> nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu
> berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
>
>HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
>
>> WASSALAM...
>
>Finally, whatever I do, I
> always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in
> the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my
> life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds"
> (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. .. ALLAHUMMA
> a'iz al Islam wa al Muslimin!
>"O Allaah, place light in my heart, light in
> my tongue, light in my hearing, light in my sight, light behind me, light
> in front of me, light on my right, light on my left, light above me and
> light below me; place light in my sinew, in my flesh, in my blood, in my
> hair and in my skin; place light in my soul and make light abundant for
> me; make me light and grant me light."
>