Thursday, August 27, 2009
Jenis apa ntah
Satu perkara yang aku risau ialah tak sedar diri,kita berusaha untuk kemudahan,kesenangan semua pihak,tetapi kebanyakan segelintir semacam nak merumitkan keadaan dan menyusahkan masa akan datang.Kita diberi akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara,bukan semua boleh diambil mudah,kerana kesannya akan melibatkan semua.Sudah di tegur tapi nampaknya macam masuk telinga kanan keluar ntah lubang mana,malu lah pada bangsa lain,jangan kita di kata bangsa tak beradab,hormatilah waktu kerja dan berhenti bila sampai masanya.KIta semua dewasa tetapi aku lihat perangai keanakan,maaf kata itu yang aku rasa....OYLM.Ramadhan ini memang bermakna,tetapi untuk tahun mendatang kasihan bagi yang tinggal jauh wahai kawan-kawan sekelian.
Friday, August 21, 2009
Rundingan untuk balik awal setengah jam di OYLM pada ramadhan 2009
Sesuatu yang tidak pernah dicapai atau direalisasikan oleh pemimpin-pemimpin kesatuan OYLM yang terdahulu,kini dengan mandat yang diberi oleh rakan-rakan dalam kesatuan dan juga sokongan dari luar yang begitu inginkan perubahan itu akhirnya aku berunding dan mencadangkan kepada majikan,pada mulanya memang nampak mudah kerana aku telah menggunakan formula atau idea yang menggantikan setengah jam satu hari itu dengan cuti ganti hari sabtu public holiday yang dimasukan dalam cuti tahunan pekerja(1/2 jam X 19 hari bekerja = 9.5 jam) .Memang di OYLM waktu bekerja dari 8am hingga 5.30pm ,jumlah semua ialah 9.5 jam sehari.Tetapi ianya ditolak oleh majikan dan ia membalas dengan cadangan baru iaitu masuk awal setengah jam atau ganti kerja pada hari sabtu.Aku tak berputus asa dan terus berunding dengan pihak lagi atas dan menyatakan pendirian bahawa kesatuan tidak dapat menerima cadangan majikan.Aku sekali lagi mencadangkan untuk menolak waktu -waktu rehat yang ada supaya ianya boleh dilaksanakan juga dan alhamdulillah mereka bersetuju untuk berunding.Akhirnya setelah beberapa kali berunding dan bertukar -tukar pendapat satu keputusan yang difikirkan terbaik dicapai .Itu pun setelah aku dan setiausaha kesatuan berjumpa pengurus besar yang berbangsa Jepun dan menerangkan tujuan-tujuan balik awal itu.Alhamdulillah bangsa Jepun itu senang memahami dan menghormati permintaan pekerja-pekerja OYL,dan ia juga mencadangkan perkara-perkara yang begitu baik dalam menjaga sensiviti umat islam yang juga pekerja OYLM.Dan pada 19hb ogos 2009 maka sejarah terlakar di OYLM yang telah wujud hampir 30 tahun.DEngan persetujuan kedua=dua belah pihak maka ramadhan ini pekerja-pekerja OYLM akan merasa balik awal dan seperti kata-kata seorang pekerja lama "tinggal setahun aku nak pencen baru merasa nak balik awal di bulan puasa,terima kasih Mie".
Subscribe to:
Posts (Atom)