Saturday, January 2, 2010

Tabiat atau hakikat Fitrah manusia.

Aku petik satu ayat dari filem animasi A Bug Life....Masa tu sibelalang samseng berkata kepada puteri semut yang baru dilatih oleh Ratu semut untuk memungut atau mengumpul makanan kepada samseng belalang tu.Di sebab kan satu kejadian yang tak di sangka makanan tu habis semua jatuh kedalam air,dan sang belalang itu sangat marah,lalu berkata kepada puteri semut
'kau yang bersalah dalam hal ini'lalu di jawab oleh puteri semut 'kenapa aku yang disalahkan,sebab aku telah menyediakan makanan itu sebelum ia jatuh kedalam air'.dan berkatalah sang belalang yang bagi aku benar apa yang diucapkan iaitu'wahai tuan puteri perkara no1 yang kau patut tahu dalam kepimpinan ialah kau harus bertanggungjawab dalam apa saja yang terjadi dalam kepimpinan kau dan kau juga bersalah kalau ia tidak menjadi'

Apa yang aku hendak ringkaskan disini ialah,sewaktu kita manusia perlukan sesuatu kepimpinan itu kita sanggup buat apa saja dan berkerjasama untuk merealisasikan sesuatu perkara,tetapi
bila ada masalah yang timbul tak ramai atau tak ada seorang pun yang akan sama sama pikul tanggungjawab itu,lebih menyedihkan akan ada yang mengambil kesempatan untuk memburukkan ketua itu.ini memang jelas dapat kita lihat dimana2 situasi,baik dalam politik,soasial,koperat dan lain2.Semasa keadaan bagus semua disanjung sebab semua dapat laba dari keadaan itu,tetapi bila keadaan menjadi sukar tinggallah sang ketua memikirkan macamna hendak menyelesaikan perkara itu.jika dia gagal maka musnahlah reputasi dia tanpa belas kasihan lagi.